Soalan-soalan Lazim

1. SAMPAH

  1. Tiada kutipan sampah
    • Tanggungjawab kutipan sampah dijalankan oleh Syarikat AFSB. Jadual perkhidmatan kutipan AFSB adalah seperti berikut:-
      • Perumahan 3 kali/minggu Isnin, Rabu, Khamis Selasa, Jumaat, Sabtu
      • Rumah Bertingkat – 6 kali/minggu
      • Rumah Kedai – 6 kali/minggu
      • Institut – 7 kali/minggu
      • Pusat Penjaja/Pasar-7 kali/minggu
      • Tong Sampah Kecil – 7 kali/minggu
      • Pusat Tong – 7 kali/minggu
      • Pukal/Kebun – 1 kali/minggu

  2. Bayaran untuk kerja-kerja kutipan
    • Tiada bayaran dikenakan untuk kerja-kerja kutipan atau pembersihan biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
    • Walau bagaimanapun jika terdapat permintaan khas bayaran akan dikenakan contohnya kutipan dari kawasan industri atau sisa pepejal tersebut melebihi had yang ditetapkan.

  3. Sampah haram (illegal dumping)
    • Antara penyumbang utama isu ini adalah sampah perindustrian dan perdagangan yang mana pemilik bertanggungjawab mengurus dan melupuskan sampahnya sendiri.
    • Penyumbang lain termasuklah pembuangan sisa binaan oleh kontraktor tidak bertanggungjawab.

  4. Kelewatan tindakan pembersihan atau pungutan sampah
    • Respon dan tindakan dalam jangka masa 24 jam hingga 72 jam. Masalah sampah longgok dibuat secara harian atau mingguan.

2. SEMAK SAMUN

  1. Tiada tindakan terhadap semak-samun (Tanah kerajaan/persendirian)
    • Respon dan tindakan dalam jangka masa 24 jam hingga 72 jam. Masalah sampah longgok dibuat secara harian atau mingguan.Siasatan dan tindakan segera akan diambil dengan:-
      • Kenalpasti pemilik
      • Keluar Notis Kacauganggu kepada pemilik

3. RUMPUT

  1. Rumput tidak dipotong/ sisa potong rumput
    • Siasatan dibuat dalam tempoh 24 jam sekiranya berada di dalam kawasan awam rumput akan dipotong dalam tempoh 3 hari.

4. PEMBERSIHAN JALAN

  1. Jalan tidak disapu
    • Kerja-kerja pembersihan jalan (sapuan jalan) dibuat seperti jadual di bawah:
      • Jalan Protokol – setiap hari
      • b.Jalan Komersil – setiap hari
      • c.Jalan Perumahan – 3 kali/minggu

  2. Air larut resap (leachate) yang mengotori jalan
    • Setiap lori kutipan sampah telah disediakan tangki takungan leachate bagi mengelakkan daripada mengotori jalan. Jika berlaku kekotoran disebabkan leachate sila dapatkan nombor pendaftaran lori, masa dan lokasi kejadian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

5. KEKOTORAN JALAN

  1. Kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu lori
    • Gagal menjaga badan kenderaan dalam keadaan baik dari bahan boleh jatuh
    • Bahan diisi melebihi muatan
    • Tidak menutup bahan yang dibawa
    • Roda dan tayar lori kotor
    • Mengguna jalan yang tidak dibenarkan dan melanggar syarat permit

  2. Tiada tindakan ke atas lori-lori yang mengotorkan jalan awam
    • Pemilik atau pemandu lori boleh dikenakan tindakan notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997 dan notis kompaun di bawah Seksyen 47 (1) (e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

6. KEKOTORAN GERAI PENJAJA/ PREMIS

  1. Tiada tindakan terhadap kekotoran gerai penjaja/ premis (restoran)
    • Premis kotor
    • Urungan lipas, lalat & infestasi tikus
    • Pekerja tiada suntikan taifod/ kebersihan pengendali makanan tidak memuaskan
    • Membuang sisa-sisa makanan dalam longkang
    • Penyediaan makanan di atas lantai luar premis

7. JALAN

  1. Kelewatan membaikpulih jalan berlubang
    • Kerosakan jalan berskala kecil (kurang dari 3mx3m) boleh dibaiki dalam tempoh 24 jam hari bekerja daripada tarikh aduan diterima
    • Kerosakan jalan berskala besar (lebih dari 3mx3m) boleh dibaiki dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima

  2. Tiada kerja-kerja penyelenggaraan jalan di dalam kawasan kondominium/ rumah pangsa.
    • JKA, DBKL bertanggungjawab untuk penyelenggaraan jalan-jalan awam sahaja.
    • Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL bertanggungjawab untuk penyelenggaraan jalan-jalan dalaman rumah pangsa DBKL.
    • Untuk jalan-jalan dalam kawasan kondominium/rumah pangsa swasta, jalan-jalan tersebut adalah jalan persendirian di bawah jagaan badan pengurusan.

8. PERMOHONAN PERMIT PENGOREKAN JALAN

  1. Lubang gali mendap

  2. Kelewatan tempoh membaiki kerosakan lubang gali
    • Tindakan membaikpulih akan diambil dalam tempoh 24 jam

  3. Kerja baikpulih mill & pave

  4. Waktu kerja lebih masa
    • Untuk kawasan perumahan, waktu kerja yang dibenarkan ialah dari 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
    • Untuk kawasan perniagaan, waktu kerja yang dibenarkan ialah dari 10:00 malam hingga 5:00 pagi

  5. Kerja pengorekan tanpa kelulusan permit
    • DBKL akan pengeluarkan Notis Kesalahan Tawaran Kompaun kepada pesalah.

9. LAMPU JALAN

  1. Lampu jalan tidak diselenggara

  2. Lampu jalan tidak menyala
    • Lampu jalan menyala dari pukul 7.00 petang sehingga 7.00 pagi

  3. Tiada pembaikpulihan terhadap kerosakan lampu jalan (condong/ tumbang/ kabel terdedah/putus)
    • Pengadu boleh menghubungi talian hotline 03-26179392 (dalam waktu pejabat 7.30 pagi hingga 6.00 petang) dan 03-40229040 (6.00 petang hingga 7.30 pagi)
    • Kerosakan akan dibaiki dalam tempoh 3 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.
    • Kerosakan yang melibatkan pihak ketiga seperti TNB memerlukan tempoh masa sebulan.

10. LAMPU ISYARAT

  1. Controller fault (Semua lampu isyarat di sesebuah persimpangan tidak berfungsi)

  2. Timing (Memohon untuk memanjangkan tempoh masa hijau di sesebuah persimpangan)
    • DBKL akan menyelaraskan tempoh masa hijau mengikut kesesuaian di lokasi.

  3. Bulb blown (menggantikan salah satu lampu yang tidak menyala dengan sempurna)
    • Siasatan dan tindakan segera akan diambil dengan mengarahkan pihak kontraktor menyiasat dan membaikpulih kerosakan dalam tempoh 24 jam.

11. PAGAR KESELAMATAN

  1. Kelewatan tindakan membaiki kerosakan
    • Kerosakan pagar keselamatan jalanraya/pejalan kaki akan dibaiki dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

12. BONGGOL

  1. Cat pudar

  2. Bonggol haram

13. PERMOHONAN RUMAH SEWA

  1. Kelewatan mendapatkan rumah sewa

  2. Unit PPR kosong tidak diisi
    • Untuk makluman, pengisian rumah PPR adalah berbeza dengan pengisian rumah awam. Ini kerana rumah PPR adalah perumahan yang diperuntukkan untuk program pemindahan setinggan di Kuala Lumpur.

14. PENYELENGGARAAN

  1. Kelewatan tempoh masa bagi tindakan kerja-kerja baikpulih

15. LONGKANG

  1. Kelewatan tempoh membaiki kerosakan
    • Kerosakan longkang yang berskala kecil boleh dibaiki dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
    • Kerosakan longkang yang berskala besar boleh dibaiki dalam tempoh 1 bulan dari tarikh aduan diterima.

  2. Masalah kecurian penutup longkang jenis keluli

  3. Tiada tindakan terhadap binaan struktur atas longkang
    • Pembinaan struktur atas longkang awam adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya pembinaan dibuat atas longkang awam.

16. LONGKANG MONSOON

  1. Kelewatan tempoh masa bagi membaiki kerosakan
    • Bagi kategori aduan kecemasan tempoh masa yang akan diambil untuk memulakan kerja-kerja pembaikan adalah selewat-lewatnya 5 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.
    • Bagi aduan biasa, tempoh masa yang diambil untuk memulakan kerja adalah selewat-lewatnya 44 hari daripada tarikh aduan terima.

17. POKOK

  1. Tiada penebangan terhadap pokok merbahaya
    • Siasatan akan dibuat dalam tempoh 24 jam dan sekiranya didapati pokok tersebut merbahaya, DBKL akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa untuk mendapatkan kelulusan penebangan.
    • Penebangan pokok di lakukan dalam tempoh 14 hari.

  2. Tiada cantasan dilakukan terhadap pokok
    • Siasatan akan dibuat dalam tempoh 2 hari dan tindakan seterusnya akan diambil dalam tempoh 14 hari.

18. KESALAHAN LALULINTAS

  1. Lokasi tuntutan kenderaan yang ditunda
    • Kenderaan yang ditunda kerana kesalahan lalulintas jalan boleh dituntut di:-
        • Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan
          Jalan Tun Razak,
          50400 Kuala Lumpur
          No. telefon : 03-40267312 / 03-40267320
          dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
    • Kenderaan yang tidak dituntut selepas 3 hari boleh membuat tuntutan di:-
        • Depoh Tunda Kenderaan DBKL,
          Jinjang,
          52000 Kuala Lumpur
          No. telefon : 03-62573671
  1. Dokumen yang diperlukan untuk menuntut kenderaan yang ditunda
    • Dokumen yang diperlukan untuk menuntut kenderaan ialah :-
      • Kad pendaftaran asal kenderaan
      • Cover note (insuran) asal kenderaan
      • Wakil – bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik
      • Isi borang akuan menuntut kenderaan sekiranya tiada perkara (a) sila bawa
      • Salinan kad pendaftaran kenderaan/cover note
      • Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah
      • Isi borang akuan menuntut kenderaan

  2. Bayaran bagi tujuan tuntutan kenderaan
    • Bayaran untuk menuntut kenderaan yang ditunda adalah seperti berikut :-
      • Kompaun - RM 100.00
      • Upah tarik - RM55.00
      • Upah Simpan RM5.00 sehari


19. STRUKTUR HARAM

  1. Pemakaian Undang-undang

  2. Tindakan Penguatkuasaan
    • Apabila tindakan merobohkan struktur haram diambil semua barangan yang terdapat bersamanya akan disita dan disimpan di :-
      • Setor Sitaan DBKL,
        Jalan Lombong, Taman Miharja,
        Cheras, Kuala Lumpur
        No. Telefon : 03-92822540

20. HALANGAN BERHUBUNG TRED (BOLLARD/ KON)

  1. Halangan oleh penjajaan berlesen

  2. Tiada tindakan ke atas peniaga yang menyalahi permit meletak kerusi dan meja
    • Peniaga yang mempunyai permit meletakkan kerusi dan meja boleh diambil tindakan jika ianya diletakkan selain dari masa yang dibenarkan iaitu dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang dan dari 6.00 petang hingga 3.00 pagi

  3. Bukti barang-barang yang dipindah halangan oleh DBKL

  4. Tiada pengetahuan lokasi untuk tuntutan barang yang dipindah halangan/ sitaan
    • Peniaga boleh menuntut barang-barang tersebut di
      Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong,
      Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur
      No. Telefon : 03-92822540

21. PENJAJA TANPA LESEN

  1. Tiada tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja
    • Tindakan boleh diambil ke atas penjaja tanpa lesen dengan mengeluarkan notis kompaun di bawah UUK 3 (1) Undang-Undang Kecil Penjaja dan Gerai (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1989 dan tindakan sita penjaja tanpa lesen di buat di bawah UUK 37 Undang-Undang Kecil yang sama.
    • Tindakan dikenakan ke atas penjaja seperti berikut:-
      • Penjaja baru tanpa lesen
      • Penjaja bukan warganegara
      • Penjaja tanpa lesen di Jalan Protokol
      • Penjaja tanpa lesen di lokasi tumpuan awam
      • Penjaja tanpa lesen yang menghalang laluintas, orang ramai dan sering menerima aduan awam.

22. PEMBANGUNAN TANPA KEBENARAN & SALAHGUNA BANGUNAN/ PREMIS

  1. Pembangunan tanpa kebenaran & salahguna bangunan/premis
    • Siasatan tapak sentiasa dijalankan secara berkala atau setelah menerima aduan daripada orang awam.
    • Jika terbukti berlaku kesalahan tersebut fail kes penguatkuasaan akan dibuka dan Notis Penguatkuasaan akan dikeluarkan kepada Orang Kena Notis (Pemilik yang bersalah). Jika kesalahan berkaitan dengan jabatan lain, surat makluman tindakan jabatan terlibat akan dikeluarkan.
    • Jika arahan Notis Penguatkuasaan tidak dipatuhi, kes akan dibawa ke J/kuasa Pusat Setempat untuk diputuskan sama ada;
      • tangguh tindakan penguatkuasaan selama tempoh tertentu, atau
      • pendakwaan mahkamah untuk tindakan saman oleh JHEUU, atau
      • tindakan roboh/pindah barangan yang mana kos operasi akan dituntut daripada Orang Kena Notis tersebut.

23. KACAU GANGGU

  1. Kacau ganggu pembangunan (Tempoh kerja lebih masa)
    • Waktu Standard bekerja adalah pada hari Isnin hingga Sabtu (8.00 pagi – 6.00 petang).
    • Kebenaran kerja lebih masa boleh diberi setelah permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal Jabatan.

  2. Tiada tindakan terhadap rumah terbiar yang diceroboh

  3. Tiada tindakan terhadap ubahsuai premis
    • Jabatan ini akan membuat siasatan dan tindakan akan diambil jika tiada kelulusan.

24. SETINGGAN (TANAH KERAJAAN)

  1. Struktur tanpa kebenaran
    • Rumah Ibadat
    • Bengkel
    • Tempat cuci kereta
    • Kilang
    • Besi Buruk

  2. Kawasan setinggan
    • Kawasan tanah kerajaan
    • Bekas kawasan setinggan yang telah diambil tindakan
    • Kawasan hijau

25. PESURUHJAYA BANGUNAN

  1. Aduan penyenggaraan bangunan berstrata tidak diurus dengan baik
    • Pihak Pesuruhjaya Bangunan akan membuat siasatan termasuk lawatan tapak dan dimana perlu mengarahkan pihak pengurusan bangunan samada pemaju, JMB atau MC mengambil tindakan pembaikan.
    • Walaubagaimanapun, pemilik boleh mengemukakan aduan sebegini terus kepada pihak pengurusan bangunan terlebih dahulu sebelum membuat aduan kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan.

  2. Tunggakan bil-bil utiliti seperti SYABAS dan TNB

  3. Hakmilik strata masih belum dikeluarkan oleh pihak pemaju
    • Pemilik berkenaan boleh merujuk Pejabat Tanah dan Galian Wilayah persekutuan sekiranya terdapat masalah yang melibatkan pengeluaran/pindahmilik hakmilik strata.

26. MAKHLUK PEROSAK/ SERANGGA

  1. Tiada tindakan terhadap nyamuk
    • Siasatan akan dibuat dan tindakan segera akan diambil mengikut kesesuaian seperti berikut:-
      • Pemeriksaan Pembiakan Aedes (PPA)
      • Pengasapan (Thermal fogging)
      • Semburan minyak (Larvaciding) dan abating
      • Pemusnahan tempat-tempat pembiakan (Seek & Destroy)
      • Rujuk ke jabata/ syarikat yang berkaitan sekiranya masalah di bawah bidang kuasa dan tugas jabatan lain

  2. Tiada tindakan terhadap burung gagak
    • Setiap operasi menembak burung gagak perlu dirancang dengan teliti kerana ia melibatkan keselamatan orang awam, pengguna jalanraya dan kebersihan ditempat menembak burung gagak. Ini kerana setiap burung gagak yang mati ditembak perlu di pungut agar ia tidak menjadi busuk.

27. MASALAH PEST

  1. Tiada tindakan terhadap anjing/ kucing liar dan tikus
    • Rondaan/ Siasatan/ Tangkapan dibuat dalam tempoh 3 hari
    • Tindakan susulan/ tangkapan/ susulan memungut bangkai dibuat dalam tempoh 5 hari.

 

28. HAL EHWAL PENJAJA

  1. Tiada tindakan terhadap kekotoran gerai penjaja/ halangan penjaja/ pembantu warga asing/ menyewa gerai kepada warga asing
    • Siasatan akan dibuat dan tindakan segera akan diambil iaitu:-
      • Pelesen akan diberi Notis Amaran atau terus Notis Kompoun
      • Seterusnya, pelesen akan diberi Surat Tunjuk Sebab
      • Tindakan terakhir adalah pembatalan lesen jika masih lagi melanggar peraturan

29. HIBURAN

  1. Pelanggaran syarat untuk Lesen Hiburan
    • Bagi setiap kesalahan atau pelanggaran syarat Lesen Hiburan seperti beroperasi lebih masa, pemilik/ operator pusat hiburan terbabit akan diberikan Surat Tunjuk Sebab (Showcause Letter) yang perlu dijawab dalam masa 14 hari dari tarikh surat tersebut.
    • Perkara ini kemudianya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan atau JKP (Pembatalan Lesen) untuk diputuskan jenis hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.

30. IKLAN KAIN RENTANG

  1. Tidak mengikut peraturan/ Menutup pandangan/ Iklan haram/ Penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul
    • Kain rentang tidak dibenarkan dipasang di tepi-tepi jalan di bawah kaki paparan iklan.
    • Pemasangan kain rentang hanya dibenarkan dipremis bangunan dan pada pagar dengan kebenaran.
    • Pengunaan Bahasa Malaysia yang betul hendaklah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pengesahan

31. KOMPAUN

  1. Lokasi rayuan dan bayaran kompaun

  2. Cara membuat bayaran kompaun selain bayaran tunai
    • Bayaran boleh juga dibuat melalui wang kiriman wang pos dan bank deraf dan di alamatkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Peti Surat 11022, Kuala Lumpur. Bayaran perlu disertakan dengan notis kompaun asal dan notis kompan perlu dilengkapkan dengan butiran seperti nama dan alamat pembayar kompuan.

  3. Kehilangan notis kompaun

  4. Saman mahkamah
    • Sekiranya menerima saman dari mahkamah, penerima saman perlu hadir ke Mahkamah pada tarikh dan tempat sebagaimana yang telah ditetapkan dalam saman tersebut.

32. CUKAI TAKSIRAN

  1. Ketidakpuasan hati terhadap penentuan Cukai Taksiran
    • Beberapa % daripada Nilai Tahunan. Nilai Tahunan ditentukan seperti berikut:-
      • Anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada harta berkenaan.
        Contoh :
        Anggaran sewa = RM1,000 sebulan
        Nilai Tahunan = RM1,000 x 12 = RM12,000
        Cukai taksiran setahun = RM12,000 x 6% = RM720
        Cukai taksiran 6 bulan = RM 360
      • Tanah Kosong
        10 % daripada nilai pasaran harta.
        Contoh :
        Nilai Pasaran = RM1,000,000
        Nilai Tahunan = RM1,000,000 x 10% = RM100,000
        Cukai taksiran setahun = RM100,000 x 6% = RM 6,000
        Cukai taksiran 6 bulan = RM 3,000

  2. Bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan

  3. Pengurangan Cukai Taksiran
    • Pemilik perlu mengemukakan permohonan bertulis ke JPPH untuk pertimbangan dengan menyatakan alasan dan bukti bahawa Nilai Tahunan sedia ada dinilai tinggi dari yang sepatutnya.

  4. Bil tidak diterima
    • Sila datang ke Bahagian Hasil, Jabatan Kewangan, DBKL untuk mendapatkan bil baru.
    • Bawa bersama butir-butir harta atau salinan resit-resit terdahulu.
    • Maklumkan melalui telefon/ bersurat.

  5. Bangunan kosong atau tidak diduduki
    • Pemilik boleh memohon elaun kekosongan ke atas bangunan yang tidak dapat disewakan dengan syarat membuat permohonan secara bertulis dalam masa tujuh (&) hari dari tarikh bangunan dikosongkan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:-
      • Sesuai untuk disewakan
      • Kekosongan perlu diiklankan di surat khabar atau melalui ejen hartanah
      • Permohonan perlu dibuat setiap penggal cukai taksiran dikeluarkan
      • Tarikh diambil kira adalah dari tarikh memohon
      • Bayaran cukai taksiran dan tunggakan perlu dijelaskan sebelum elaun kekosongan diluluskan
      • Elaun kekosongan akan dikreditkan ke akaun pembayar cukai dan tidak dikembalikan dalam bentuk tunai

  6. Tukar nama & Hak milik
    • Isi Borang I & J dan dapatkan di kaunter-kauter bayaran DBKL atau laman web www.dbkl.gov.my
    • Lampirkan dengan salinan penuh semua mukasurat S&P (perjanjian jual beli) atau salinan feran dan salinan Kad Pengenalan/ Passport (pembeli/penjual)
    • Pastikan Borang I & J diisikan dengan nombor kad pengenalan dan no. telefon dan ditandatangani oleh pembeli/penjual.

  7. Tunggakan tinggi/ masalah pembayaran
    • Boleh bayar secara ansuran
    • Datang ke kaunter Ibu Pejabat, Bahagian Hasil, Jabatan Kewangan, DBKL untuk perbincangan pembayaran ansuran